Cakna Insan Malaysia Icon CAKNA INSAN MALAYSIA

BEG SEKOLAH INSAN

satu inisiatif kemanusiaan yang bertujuan menyediakan beg sekolah lengkap kepada 10,000 murid sekolah rendah dari keluarga miskin di seluruh negara.

BEG SEKOLAH INSAN

Latest News

Nov 08

Cakna Insan

Pickleball for a Cause: Serving Hope Through Sport

C Cakna Insan Malaysia
Nov 07

Cakna Insan

Cyberview Sdn. Bhd. supports “Beg Sekolah Insan” initiative

C Cakna Insan Malaysia

CURRENT PROJECTS

- Mengambil Berat & Peduli Sesama Insan -

BEG SEKOLAH INSAN

BEG SEKOLAH INSAN

satu inisiatif kemanusiaan yang bertujuan menyediakan beg sekolah lengkap kepada 10,000 murid sekolah rendah dari keluarga miskin di seluruh negara.

Memberi sokongan asas kepada murid sekolah rendah daripada keluarga berpendapatan sangat rendah (B40) melalui penyediaan beg sekolah lengkap. Mengurangkan beban kewangan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan keperluan sekolah anak-anak mereka. Meningkatkan semangat dan keyakinan diri murid untuk hadir ke sekolah dengan lengkap dan bersedia belajar. Menyemai nilai solidariti sosial melalui sumbangan korporat dan awam

WAKAF AL QURAN, TELEKUNG & SEJADAH - PEDULI ACEH 2.0

WAKAF AL QURAN, TELEKUNG & SEJADAH - PEDULI ACEH 2.0

WAKAF AL QURAN, TELEKUNG & SEJADAH

Atas rasa tanggungjawab dan kasih sesama insan, kami mengajak anda untuk bersama-sama menyumbang melalui Wakaf Al-Quran, sejadah dan telekung bagi membantu mangsa bencana di Aceh.

Sumbangan wakaf anda bukan sekadar bantuan fizikal, tetapi memberi peluang mereka kembali beribadah dengan tenang dan bermaruah. Setiap helaian Al-Quran yang dibaca, setiap sujud yang dilakukan di atas sejadah wakaf, dan setiap solat yang ditunaikan dengan telekung sumbangan anda, akan menjadi aliran pahala yang berterusan sepanjang Ramadan dan seterusnya.

Mungkin sumbangan kita kecil di mata manusia, namun besar nilainya di sisi Allah dan amat bermakna buat mereka yang sedang diuji. Marilah kita jadikan Ramadan ini lebih bermakna dengan menghadiahkan wakaf yang terus hidup pahalanya, agar saudara kita di Aceh tidak menyambut bulan mulia ini dalam kesunyian dan kesedihan.


Satu wakaf daripada anda, seribu doa daripada mereka. Semoga Allah menerima amal ini dan melipat gandakan ganjarannya.

KEPRIHATINAN RAMADAN - PEDULI ACEH 2.0

KEPRIHATINAN RAMADAN - PEDULI ACEH 2.0

SUMBANGAN BARANGAN ASAS UNTUK MEREKA YANG MEMERLUKAN

Ramadan bakal menjelang, bulan yang sepatutnya disambut dengan rasa syukur, ketenangan dan harapan. Namun bagi sebahagian saudara kita, Ramadan hadir bersama kerisauan, kekurangan dan kesempitan hidup. Ketika ramai antara kita sibuk membuat persiapan dapur, membeli keperluan harian dan menyusun juadah berbuka, masih ada keluarga yang berfikir panjang untuk menyediakan makanan sekadar mengalas perut.

Bagi mereka yang terkesan akibat bencana dan kesempitan ekonomi, barangan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung, susu, makanan kering dan keperluan harian bukan lagi perkara biasa, tetapi satu keperluan mendesak. Tanpa bekalan ini, Ramadan terasa berat dan penuh ujian. Ada ibu yang menahan lapar agar anak-anak dapat makan ketika berbuka. Ada ayah yang menyimpan rasa bersalah kerana tidak mampu menyediakan keperluan keluarga. Ada anak-anak yang menyambut Ramadan tanpa kegembiraan, hanya kerana dapur tidak berasap.

Melalui kempen Sumbangan Barangan Asas Ramadan, kami mengajak anda untuk bersama-sama menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan. Setiap sumbangan barangan asas yang diberikan akan membantu memastikan tiada keluarga yang terpaksa berlapar sepanjang Ramadan. Sumbangan anda bukan sekadar mengisi rak dapur, tetapi menghidupkan harapan, menghadirkan senyuman, dan membolehkan mereka beribadah dengan lebih tenang tanpa dibelenggu rasa lapar dan risau. Ramadan adalah bulan berkongsi rezeki dan menyantuni sesama insan. Apa yang kita miliki hari ini adalah amanah, dan sebahagiannya adalah hak mereka yang sedang diuji. Marilah kita bersama menjadikan Ramadan ini lebih bermakna dengan membantu menyediakan keperluan barangan asas buat mereka yang memerlukan.


Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi pahala berlipat ganda, diterima Allah dan menjadi saksi kebaikan kita di akhirat kelak. Hulurkan sumbangan hari ini, ringankan beban mereka sepanjang Ramadan.

Cakna Insan Malaysia Has Been Here

PAST PROJECTS

- Mengambil Berat & Peduli Sesama Insan -

KOTAK KASIH INSAN

KOTAK KASIH INSAN

Penyediaan kotak bantuan makanan asas kepada golongan kurang berkemampuan, seperti keluarga miskin dan ibu tunggal.

Sumbangan ini diedarkan bukan hanya di dalam negara, malah telah dan akan dikembangkan di luar negara seperti di selatan Thailand, Kemboja, Indonesia dan lain-lain. Kandungan kotak kasih insan iniadalah berupa makanan asas seperti beras, minyak, gula dan lain - lain. Program Kotak Kasih Insan juga dapat memupuk rasa tanggungjawab kita kepada masyarakat serta menyantuni mereka yang sangat memerlukan. Disamping itu program sebegini dapat memberi rasa kesyukuran serta kesedaran dalam diri kita semua. Alangkah beruntung nya kita jika dibandingkan mereka yang hidup dalam serba kekurangan.